Saat mata mahu terpejam
kemerduan bunyi azan
datang menusuk ke dalam dada
menyedarkan aku dari banyangan
dan kelalaian dunia
di saat itu,
aku bentangkan sehampar sejadah
berdiri di atasnya untuk mnghadap ke
satu arah yang menjadi hala tuju
makhluk ciptaan Mu..
ketenangan yang aku idamkan selama ini
datang menikam jiwa ku..
memikirkan betapa hinanya aku
sebelum ini..
seorang insan yang hampir terjerumus
ke dalam lembah kekufuran..
Saat mata mula terpejam kembali
persoalan demi persoalan
datang mengetuk mindaku
menginginkan kebenaran
Mengapa DIA menguji makhluknya?
Adakah DIA tidak mngetahui rasa pedih
penderitaan itu..?
Jikalau dahulu
aku hanya membiarkan persoalan itu
berlalu pergi
di saat aku mula di buai mimpi..
tetapi kini..
seakan terjaga daripada tidur yang lena
aku bangun mengengam satu “Maunah”..
DIA tidak akan menguji makhluknya
jika..makhluk nya itu tidak mampu untuk menangung
satu ujian yg bakal diberikan!!
hanya utk menguji keimanan makhluk ciptaannya
serta
DIA lebih mengetahui apa yg bakal berlaku
atau sedang berlaku di alam fana ini..
kerana apa?
kerana
DIA MAHA MENGETAHUI!!!
Ya Allah..
Ya Illahi..
aku bersyukur padamu
kerana engkau telah menyentakkan hatiku
dengan seruan panggilan Mu..