Permata Ilmu Tahap
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Laman Web Rasmi Pusat Sumber SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 MOZILLA FIREFOX

Go down 
AuthorMessage
Tengku Aizat

Tengku Aizat


Posts : 16
Points : 46
Join date : 19/11/2009
Age : 30
Location : Raub

MOZILLA FIREFOX Empty
PostSubject: MOZILLA FIREFOX   MOZILLA FIREFOX EmptySat Jan 09, 2010 9:34 pm

Mozilla Firefox ialah sebuah pelayar web sumber terbuka yang diturunkan dari Mozilla Application Suite dan diuruskan oleh Mozilla Corporation. Kaji selidik Net Applications mendapati Firefox mencatat 25% penggunaan pelayar web seluruh dunia (tepat pada November 2009), menjadikannya pelayar web kedua terlaris dari segi penggunaan seluruh dunia, mengekori Internet Explorer.[1]

Firefox menggunakan enjin susun atur Gecko sumber terbuka, yang melaksanakan Web piawai bersama-sama dengan beberapa kandungan tambahan yang dimaksudkan seperti penambahan kepada piawai berkenaan.

Firefox memasukkan pelayan bertab, satu pemeriksa ejaan, carian progresif, penanda buku langsung, satu pengurus muat turun, dan satu sistem carian yang memasukkan Google. Fungsi-fungsi boleh ditambah menerusi lebih daripada 2,000 add-ons yang dicipta oleh pemaju ketiga;[2] Palin popular termasuklah FoxyTunes (mengawal pemain muzik), Adblock Plus (penyekat ad), StumbleUpon (penemuan laman web), DownThemAll! (fungsi muat turun) dan pemaju Web (peralatan web).[3]

Mozilla Firefox merupakan pelayar platform bersilang yang memberi sokongan kepada berbagai-bagai versi Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. Namun begitu, kod sumbernya secara tidak rasminya telah disambungkan kepada sistem operasi lain, termasuk FreeBSD [4], OS/2, Solaris, SkyOS, BeOS dan kini juga Windows XP Professional x64 Edition [5].

Firefox boleh berfungsi di atas platform Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. Pelancaran versi stabil terkini adalah versi 3.5.5, yang keluar pada 5 November 2009.[6] Kod sumber Firefox ialah perisian percuma yang dikeluarkan di bawah tri-lesen GNU GPL/GNU LGPL/MPL.[7]
Back to top Go down
 
MOZILLA FIREFOX
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Permata Ilmu Tahap :: Briged Cyber :: Perisian Terkini-
Jump to: