Permata Ilmu Tahap
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Laman Web Rasmi Pusat Sumber SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Maklumat Pss

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 3
Points : 12
Join date : 15/11/2009

Maklumat Pss Empty
PostSubject: Maklumat Pss   Maklumat Pss EmptyWed Jan 13, 2010 3:04 am

Maklumat Pusat Sumber Sekolah

2.1 Sejarah Penubuhan PSS
2.2 Lokasi PSS (pelan)
2.3 Visi PSS
2.4 Misi PSS
2.5 Piagam PSS
2.6 Matlamat PSS
2.7 Objektif PSS
2.8 Fungsi & peranan PSS


PROFIL PUSAT SUMBER SEKOLAH
Sejarah
SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang mula ditubuhkan pada 3 Januari 1984 yang lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang dengan menumpang di SMK Jerantut. Pada tahun 1988 SMKA Pahang telah berpindah ke bangunan dan tapak yang baru seluas 17 hektar. Perpustakaannya juga bergerak seiring dengan pembangunan sekolah.
Kemudahan fizikal
SMKA TAHAP kini terdiri daripada 6 blok bangunan sekolah, sebuah kantin, sebuah dewan besar dan sebuah dewan kokuria. Manakala asrama pula terdiri daripada 2 blok asrama putera dan 2 blok asrama puteri. Pusat Sumber sekolah diletakkan di blok C dan juga blok D.
Kemudahan sumber manusia
Bermula dengan hanya 119 orang pelajar dan 11 orang tenaga pengajar kini SMKA TAHAP telah berkembang dengan jumlah tenaga pengajarnya seramai 68 orang dan jumlah pelajarnya mencecah 700 orang.

VISI SEKOLAH
SMKA TAHAP MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN MENJELANG 2010

MISI SEKOLAH
MENJANA PENDIDIKAN SEIMBANG KEPADA SEMUA PELAJAR MELALUI PENDEKATAN BESTARI BAGI MELAHIRKAN INSAN GEMILANG DAN BERTAQWA

VISI PSS
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

MISI PSS
Menyediakan sistem pengurusan dan perkhidmatan sumber yang bersepadu menuju PSS Bestari ke arah pembentukan masyarakat berilmu dan berketrampilan.

MATLAMAT
Untuk memberikan sumber
maklumat kepada pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah
pembentukan masyarakat berilmu,
berkemahiran merujuk dan
belajar selaras dengan perkembangan pendidikan negara dan
teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) bagi
mengharungi arus globalisasi

MOTTO PSS

Pusat Sumber Sekolah Ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu

PIAGAM PSS

MENYEDIAKAN KOLEKSI MAKLUMAT UNTUK KEPERLUAN SEMUA WARGA TAHAP.

MENYEDIAKAN PELBAGAI PERKHIDMATAN BAGI MERANGSANG DAN MENGGALAKKAN MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN WARGA TAHAP

MEMBERI BANTUAN PENCARIAN DAN CAPAIAN MAKLUMAT YANG BERKESAN KEPADA SEMUA WARGA TAHAP



OBJEKTIF PSS

• Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.

• Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan
menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran.

• Meningkatkan profesionalisme guru.

• Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.

• Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.

• Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan
murid.

DEFINISI


Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih luas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya;

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran serta pembelajaran yang diurus secara sistematik.

Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumatn pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
OBJEKTIF

i. Kecemerlangan pendidikan : Meningkatkan mutu pengajaran – pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.

ii. Penggunaan Kemudahan : Mengalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanyabergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

iii. Pemupukan tabiat belajar : Memupukl tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis.

iv. Penghasilan bahan : Membantu pelajar dan guru menghasil , menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran-pembelajaran.

v. Perkhidmatan pembelajaran : Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar.

vi. Kemahiran maklumat: Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

i. Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.

ii. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan
secara individu atau kumpulan dalam proses pembelaran.

iii. Merupakan tempat bahan pengajaran-pembelajaran dapat dipilih dan
dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.

iv. Menjadi pusat perhubungan antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.

v. Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dam mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.

vi. Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dam kemahiran maklumat.

vii. Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.

viii. Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.

ix. Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan parkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.

x. Menyediakan alatan reprografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.
Back to top Go down
https://permatailmutahap.catsboard.com
 
Maklumat Pss
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Permata Ilmu Tahap :: Info PSS-
Jump to: